Tuesday, March 19, 2013

Food for thought 3: Home made chicken nugget for baby

Bahan bahan:

Ayam kisar
Parsli
Serbuk bawang merah
Serbuk bawang putih
Garam
Lada hitam kisar
Bawang (dadu halus)

Telur (pukul)
Tepung gandum
Serbuk roti

Cara cara:
1. Campur semua bahan
2. Bulatkan sebesar bola pingpong
3. Golekkan dalam telur, tepung, telur, serbuk roti, kemudian leperkan seperti nugget
4. Siap utk di goreng

P.s-klu nak tmbh grated carrot pun boleh













Thursday, March 7, 2013

Monday, March 4, 2013

Food For Thought 1: Kari Ikan

Menu late lunch on sunday. Meyambut kepulangan babah yin dr tanah seberang. Belum naik flight lagi dah minta masakkan yang berkuah. Rindu katanya dgn kuah sbb asyik makan masakan sunda yg kering. At first menunya adalah kari ikan bawal, sayur campur, ayam goreng. Dah on the way atas mex, babah yin tambah order ikan masin dgn smbl belacan. Dapur officer pun ckp "siapppppppp".

Resepi:

600g ikan (bawal, siakap)
3 sb serbuk kari
1 kotak santan
Halba campur (biji sawi, halba, jintan halus)
Beras tumbuk yg di sangai
3 sb cili mesin
Asam jawa
Bendi
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Daun kari
Minyak
Garam

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, merah dan halia sehingga naik bau
2. Masukkan halba campur dan daun kati dan masak hingga kuning keemasan
3. Masukkan serbuk kari yg di campur dgn cili mesin. Masak dgn api yg kecil hingga serbuk kari benar2 masak dan pecah minyak.
4. Masukkab beras dan kacau segera
5. Masukkan santan dan asam jawa serta air ikut tahap kepekatan yg kita mahu
6. Bila kuah sudah menggelegak, masukkan ikan dan garam, sedehanakan api dah biar smp ikan masak
7. Kemudian kecilkan api dan biar sehingga minyak naik ke permukaan
8. Kemudian masukkan bendi dan tomato
9. Bila bendi sudah empuk, ttp api dan hidangkan.

Tips utk ayam goreng tepung:

1. Letak tepung dlm plastik beg dan masukkan ayam. Pastikan ayam telah di salut tepung di semua bahagian kemudian simpan dlm peti ais
2. Apabila tepung sudah sebati dgn ayam, saluti sekali lagi ayam dgn tepung dan simpa semula peti ais
3. Apabila tepung sdh sebati, boleh lah di goreng

Tips di atas membantu utk mengelakkan minyak menjadi keruh ketika menggoreng.

Sekian,

Dapur Officer